Settings
Light Theme
Dark Theme

Pada Yang Muda Kusematkan Harap ~ Karya Tun M ~

Pada Yang Muda Kusematkan Harap ~ Karya Tun M ~
Dec 12, 2016 · 7m 4s

"Sajak ini ditujukan khusus untuk Anak Muda Negara. Hayati isi hati seorang Negarawan yang amat sayangkan Bangsa serta Negaranya. Sajak ini telah dibaca oleh YABhg Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad...

show more
"Sajak ini ditujukan khusus untuk Anak Muda Negara. Hayati isi hati seorang Negarawan yang amat sayangkan Bangsa serta Negaranya. Sajak ini telah dibaca oleh YABhg Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad di akhir Program Bicara Rakyat pada 10 Disember 2016 di Sg Lalang, Sg Petani Kedah." - Dikongsi dari rakan fb - Pada Yang Muda Kusematkan Harap Aku tidak perlu apa-apa kekayaan Aku mengerti umurku yang tua menunggu masa bertemu Ilahi Aku boleh selesa diam tidak bersuara Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka Sepanjang nafas dan usia Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat Tanpa meminta apa-apa untuk diriku Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan oleh pemimpin di puncak kuasa Yang rakus dan boros tidak terhalang Menabur rasuah dan membeli orang Pada mata tuaku Aku melihat hutang berbilion yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat Aku melihat wang dipinjam hari ini seperti tiada lagi hari esok Semuanya untuk membeli segala undi untuk membeli segala kuasa Pada senja hayatku Aku melihat apa yang dibina berdekad lama Dimusnahkan dengan wang yang bukan miliknya Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas Segala wang haram Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus Untuk dibayar oleh rakyat Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri Mereka menjual negara Mereka menjual diri Mereka menjual maruah Mereka menjual agama Aku tidak dapat melakukan semua Namun pada yang muda kusematkan harap Untuk membetulkan Malaysia Dengan bersama, BERSATU, berganding Supaya ia tidak tenggelam Dengan tangan kotor dan harganya dibayar oleh cucu dan cicit kita Tun Dr. Mahathir Mohamad 10 Disember 2016 Deklamator: Shahriza Mahmud
show less
Information
Author #RizaSempoi
Website -
Tags

Looks like you don't have any active episode

Browse Spreaker Catalogue to discover great new content

Current

Looks like you don't have any episodes in your queue

Browse Spreaker Catalogue to discover great new content

Next Up

Episode Cover Episode Cover

It's so quiet here...

Time to discover new episodes!

Discover
Your Library
Search